Pages

Thursday, July 7, 2011

PRESIDEN DISERANG DI KHALAYAK RAMAI


Presiden Perancis Nicolas Sarkozy diserang dan hampir ditarik jatuh sewaktu berjalan-jalan di khalayak ramai minggu lalu.

Kejadian berlaku ketika beliau sedang bersalam mesra dengan orang ramai, tiba-tiba ada tangan yang menyentap tarik baju presiden Sarkozy.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hermann Fuster, 32 tahun pekerja sebuah panggung di Agen dari daerah Lot-et-Garonne menarik kuat baju presiden kearah orang ramai yang beratur di belakang pagar keselamatan.

Beliau hampir jatuh tetapi sebagai seorang yang rajin berlari dan berbasikal, beliau dapat melawan tarikan itu dan mengelak dari tersungkur.





Pegawai keselamatan tangkas menyerbu kearah penyerang, dan Hermann ditangkap untuk siasatan selanjutnya.

Mengikut undang-undang jika didapati bersalah, Hermann boleh dikenakan denda 40,000 pound iaitu bersamaan RM200,000+, tetapi pihak kerajaan membuat keputusan tidak perlu mendakwa beliau.






Sumber : http://english.cntv.cn/20110701/106068.shtml

CUBA SELUDUP KELUAR PENJARA


Seorang isteri cuba menyeludup keluar suaminya, seorang banduan dari penjara melalui beg pakaian yang dibawa bersamanya.

Cubaan ini berlaku di penjara Chetumal, ibu negeri Quitana Roo di Mexico. Banduan tersebut sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun atas pelbagai kesalahan.

Maria del Mar Arjona Rivera berumur 19 tahun ditahan oleh pegawai penjara sewaktu menarik keluar beg pakaian (gambar) dalam keadaan yang gelisah dan mencurigakan. Beliau bukan sahaja kelihatan tidak selesa malah sukar mengheret beg berat beroda itu apabila berhadapan pegawai penjara.

Beg tersebut dibawa masuk untuk tujuan membawa balik pakaian kotor suaminya untuk dicuci. Walau bagaimana pun Maria menghadapi kesukaran menarik beg tersebut lalu menimbulkan syak ia tidak mengandungi pakaian.



Pegawai penjara membuka beg dan mendapati suami Maria, banduan yang bernama Edwin Valdemar Artiaga Perez di dalamnya hanya berpakaian seluar dalam dan stokin sahaja.

Sewaktu ditahan Maria yang sedang mengandung dilaporkan menghadapi komplikasi kandungannya dan dalam keadaan ‘stress’ lalu dibawa ke hospital berdekatan.

Apabila pulih kelak beliau akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cuba membantu suaminya lari dari penjara. Selain Maria dua lagi banduan sedang disiasat kerana disyakki bersubahat dalam percubaan ini.

Di negara tersebut, cubaan membantu banduan lari dari penjara bukanlah satu jenayah yang berat. Jika didapati bersalah kemungkinan besar Maria hanya diperlukan membayar denda sahaja.

Sumber : http://www.bbc.co.uk/news/world-latin-america-14042071
http://latino.foxnews.com/latino/news/2011/07/06/wife-tries-to-smuggle-inmate-out-mexican-prison-in-suitcase/#ixzz1RN01NV3i

Wednesday, July 6, 2011

10 DESTINASI PERCUTIAN JUTAWAN CHINA


Pertumbuhan pesat negara China memperlihatkan penambahan bilangan jutawan di kalangan usahawan negara itu.

Dengan kemewahan dan kekayaan itu , sembilan-puluh peratus dari jutawan-jutawan tersebut membelanjakan sebahagian besar wang mereka bercuti secara mewah juga.

Pada tahun lalu 960,000 jutawan ini berbelanja besar dengan melancong. Secara purata mereka bercuti 15 hari dalam setahun dan membuat 3 kunjungan ke luar negara.

Menurut laporan terbaru 10 destinasi pilihan utama jutawan-jutawan ini adalah seperti berikut … dari nombor 10 bawa ke nombor 1.

No. 10 HAWAII
(Gambar) Lanikai Beach, Hawaii [listphobia.com]

Bagaikan syurga kepada pelancong, tempat paling popular ialah Gunung berapi Hawai yang terletak di Taman Negara Hawaii

No. 9 DUBAI
(Gambar) Burj Al arab hotel [listphobia.com]

Bandaraya Dubai kini jadi destinasi utama pelancong antarabangsa. Ia mempunyai di antara pantai terbaik di dunia dan yang agak popular dikunjungi pelancong ialah Pantai Jumeirah

No. 8 SWITZERLAND
(Gambar) Swiss Alps, Zermatt ski resort. [listphobia.com]

Dikenali juga sebagai ‘Land of the Alps’ Switzerland mempunyai pemandangan yang amat cantik, 60% dari bumi ini diselubungi pergunungan Alps ini

No. 7 ITALI
(Gambar) Manarola, Italy [touropia.com]

Terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan minuman (wine), galeri seni, arkitektur silam dan ‘pondok’ lereng bukit. Juga terkenal dengan pelbagai sejarah lama.

No. 6 SINGAPURA
(Gambar) Singapore's Raffles Hotel [gootrip.com]

Pelancong menggemari Singapura kerana kebersihan dan kehijauannya. Selain Cuaca, makanan juga menjadi tarikan pelancong. Tempat paling digemari ialah Pulau Sentosa.

No. 5 PULAU MALDIVE
(Gambar) Sunisland, Maldives [baidu.com]

Mempunyai 1200 pulau, hanya 200 sahaja yang didiami manusia. Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi pulau-pulau ini ‘tersusun’ bagaikan mutiara menjadi impian setiap pelancong.

No. 4 JEPUN
(Gambar) Mount Fuji, Japan [wordpress.com]

Sebuah negara yang tidak begitu besar tetapi punyai banyak tarikan. Gunung Fuji memang mempesonakan, dan Jepun dikenali juga sebagai "Amazing Land of Sakura"

No. 3 AUSTRALIA
(Gambar) The Sydney Opera House [allposters.com]

Kangaroo dan Koala memang tarikan semula jadi Australia. Negara yang besar mempunyai pelbagai tarikan menarik, dari gunung ke padang pasir dan pantai, menawarkan segala jenis rekreasi.

No. 2 AMERIKA SYARIKAT
(Gambar) The Yellowstone National Park, U.S. [sina.com.cn]

Negara besar dengan pelbagai bangsa dan budaya.’ The Statue of Liberty’ dan Hollywood Sign merupakan tanda mercu Negara tersebut. Bandar utama kerap dikunjung ialah New York, Washington D.C, Philadelphia, Boston, Chicago, dan San Francisco.

No. 1 PERANCIS (FRANCE)
(Gambar) Louvre Museum in Paris [sina.com.cn]

Sebuah negara yang indah dan ‘romantik’, terkenal dengan pertunjukan fesyen, membeli-belah dan pelbagai hiburan. Punyai muzium terkemuka, kota dan istana lama, pengunjung melihat suatu kelainan yang tidak dapat dilupakan.

Sumber : http://english.cntv.cn/20110706/106092.shtml

Tuesday, July 5, 2011

HAMBURGER TERBESAR DI DUNIA


Hamburger atau burger memang makanan kegemaran ramai rakyat Amerika. Diambil dari perkataan asal ‘Hamburg Steak’ ia diperkenal dan diolah semula di Amerika pada tahun 1800an.

Menurut cerita pelayar-pelayar Eropah terutama dari Hamburg, Jerman yang kerap ke Amerika menginginkan menu kebiasaan mereka, lalu restoran di Amerika mencipta apa yang di panggil Hamburger Steak dan kemudiannya terkenal dengan panggilan Hamburger atau burger sahaja.

BURGER RAKSASA

Ahad lalu, sewaktu di satu perayaan di Pleasanto California sekumpulan 10 orang rakyat Amerika mengambil masa 13 jam membolak balik kepingan daging dan pastel raksasa untuk menyiapkan apa yang dilihat sebagai hamburger raksasa.

Lengkap seperti mana membuat burger biasa, roti, sayur, sos dibuat dengan saiz ‘gergasi’ dengan berat keseluruhanya mencapai 352 kilogram, lebih berat dari burger raksasa sebelum ini dengan lebihan 85 kilogram.

Pegawai majlis perayaan tersebut masih menunggu keputusan samada ia boleh diiktirak ke dalam ‘Guiness World Record’.

Diiktiraf atau tidak, Hamburger raksasa ini dilaporkan mengandungi 1.3 juta kalories.

Ingin mencuba?

Disiapkan oleh 10 orang


Beratnya 352 kilo


Mengandungi 1.3 juta kalories


Sumber: CCTV

ZOO TERPAKSA GUNA PENGHAWA DINGIN


Cuaca tidak menentu di negara China akhir-akhir ini menyaksikan banjir berlaku di sesetengah tempat dan kemarau di sesetengah tempat yang lain.

Ia bukan sahaja menjejaskan pengeluaran makanan malah dikhuatiri akan menjejas kesihatan setiap kehidupan yang ada di muka bumi itu.

Negara yang semakin menerima ramai pelancong dari luar negara ini mengambil pelbagai langkah untuk memastikan tempat-tempat yang jadi tarikan pelancong tidak terjejas akibat perubahan cuaca ini.

Dengan cuaca panas semakin meningkat, pengurusan Yancheng Safari Park, Changzhou City, Jiangsu terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi masalah kepanasan musim ini.
Binatang-binatang di Safari Park perlu kerap disiram setiap hari dan memasang alat penghawa dingin untuk menambah keselesaan.

Selain Yancheng Safari Park, zoo Nanshan di daerah Sichuan juga mengambil langkah keselamatan ke atas panda-panda yang dibawa dari daerah Walong dengan memberi lebih makanan kesihatan.

Segar disiram air


Bergantung hampir dengan penghawa dingin


Gajah Siam yang memang suka dimandikan


Sumber: CCTV - China

Pos Popular Minggu ini