Pages

Thursday, July 7, 2011

CUBA SELUDUP KELUAR PENJARA


Seorang isteri cuba menyeludup keluar suaminya, seorang banduan dari penjara melalui beg pakaian yang dibawa bersamanya.

Cubaan ini berlaku di penjara Chetumal, ibu negeri Quitana Roo di Mexico. Banduan tersebut sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun atas pelbagai kesalahan.

Maria del Mar Arjona Rivera berumur 19 tahun ditahan oleh pegawai penjara sewaktu menarik keluar beg pakaian (gambar) dalam keadaan yang gelisah dan mencurigakan. Beliau bukan sahaja kelihatan tidak selesa malah sukar mengheret beg berat beroda itu apabila berhadapan pegawai penjara.

Beg tersebut dibawa masuk untuk tujuan membawa balik pakaian kotor suaminya untuk dicuci. Walau bagaimana pun Maria menghadapi kesukaran menarik beg tersebut lalu menimbulkan syak ia tidak mengandungi pakaian.



Pegawai penjara membuka beg dan mendapati suami Maria, banduan yang bernama Edwin Valdemar Artiaga Perez di dalamnya hanya berpakaian seluar dalam dan stokin sahaja.

Sewaktu ditahan Maria yang sedang mengandung dilaporkan menghadapi komplikasi kandungannya dan dalam keadaan ‘stress’ lalu dibawa ke hospital berdekatan.

Apabila pulih kelak beliau akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cuba membantu suaminya lari dari penjara. Selain Maria dua lagi banduan sedang disiasat kerana disyakki bersubahat dalam percubaan ini.

Di negara tersebut, cubaan membantu banduan lari dari penjara bukanlah satu jenayah yang berat. Jika didapati bersalah kemungkinan besar Maria hanya diperlukan membayar denda sahaja.

Sumber : http://www.bbc.co.uk/news/world-latin-america-14042071
http://latino.foxnews.com/latino/news/2011/07/06/wife-tries-to-smuggle-inmate-out-mexican-prison-in-suitcase/#ixzz1RN01NV3i

Pos Popular Minggu ini