Pages

Tuesday, July 5, 2011

GORILA JADI ANAK ANGKAT


Di siang hari “Digit” hanyalah seekor gorila yang menghiburkan setiap pengunjung di sebuah zoo, tetapi pada waktu malam dia adalah ‘gadis’ yang tinggal bersama sepasang keluarga bersama ibu dan bapa angkatnya.

Pasangan suami isteri Pierre dan Elianne Thivillon, warga Perancis tidak mempunyai anak. Mereka berdua adalah pengurus zoo dan telah mengambil Digit menjadi anak angkat mereka, kini berumur 13 tahun.

Rumah kediaman pasangan ini hanyalah bersebelahan dengan tempat kurungan Digit. Dengan berat badan 120 kilogram, Digit diambil dari waktu kecil ketika ibunya enggan menyusukannya lagi. Mereka sudah mempunyai pengalaman membesarkan haiwan ini kerana sebelum ini abang Digit bernama Ginko dipelihara oleh pasangan ini juga.

Mungkin gorila jantan mempunyai sifat lebih ganas dari yang betina, Ginko kemudiannya dihantar balik tinggal di zoo. Menurut Pierre, Digit mempunyai perangai yang lebih menyenangkan. Mungkin kerana Digit diambil dari kecil lagi dan sudah bersama mereka selama 13 tahun, manakala abangnya pula dipelihara pada ketika umurnya lima tahun.

Bagi pasangan ini memelihara gorila tak ubah seperti menjaga kanak-kanak, lebih dari itu mereka terpaksa mengorbankan kehidupan sosial, tidak dapat keluar malam menonton wayang atau makan malam di restoran. Digit pula suka tidur di katil pasangan ini dan sentiasa mengharapkan tumpuan dan kasih sayang dari mereka. Mereka rela dan sanggup berkorban kerananya.

Bayangkan bagaimana kalau Digit dibawa menonton wayang atau makan malam bersama di restoran.

Gambar Pierre Thivillon (pemilik zoo) mencium Digit di zoo Saint-Martin-la-Plaine


Pierre dan Eliane bersama Digit bergambar dari tingkap bilik rumah mereka


Pierre Thivillon dan Digit sedang berbincang sesuatu


Seekor gorila jantan bernama Euro merenung kearah Mr Thivillon


Sumber: http://english.cntv.cn/program/cultureexpress/20110705/104432.shtml

Pos Popular Minggu ini