Friday, July 8, 2011
LESUNG PIPIT MINGGU INI – 4 EKOR CACING
Seorang paderi dalam khutbah hari Ahad di gerejanya memberitahu para jemaah mengenai bahaya meminum arak, menghisap rokok dan memakan cokelat berlebihan.
Untuk membuktikan kepada para jemaah bahaya 3 perkara di atas kepada kesihatan manusia, beliau membuat demonstrasi praktikal untuk disaksikan oleh semua jemaah.
Lalu beliau mengambil 4 buah bekas, dan menunjukkan 4 ekor cacing ditangannya.
Bekas pertama berisi arak, dan dimasukkan ke dalamnya seekor cacing.
Bekas kedua berisi asap rokok, dimasukkan ke dalamnya seekor cacing.
Bekas ketiga berisi ketulan cokelat, lalu dimasukkan ke dalamnya seekor cacing.
Bekas keempat berisi tanah yang bersih, dimasukkan seekor cacing ke dalamnya.
Paderi berkata dia akan tunjukkan pada hadirin apa akan terjadi pada cacing-cacing itu setengah jam kemudian lalu beliau pun meneruskan khutbahnya.
Setengah jam berlalu paderi pun mengajak hadirin melihat apa yang berlaku pada cacing-cacing itu.
Cacing dalam bekas berisi arak: MATI
Cacing dalam bekas berisi asap rokok: MATI
Cacing dalam bekas ketulan cokelat: MATI
Cacing dalam bekas berisi tanah: HIDUP
Lalu paderi bertanya kepada semua jemaah, APAKAH PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARI DEMONSTRASI INI?
Seorang jemaah bernama Maxine yang duduk di barisan belakang mengangkat tangan, dan menjawab:
SELAGI ANDA MINUM ARAK, HISAP ROKOK DAN MAKAN COKELAT, ANDA TIDAK PERLU MAKAN UBAT CACING …. !!!!
Pos Popular Minggu ini
-
Formula minuman ajaib ini telah lama diedarkan. Namun seorang selebriti Cina bergelar Mr Seto ingin menarik perhatian umum akan keberkesanan...
-
Di antara slogan-slogan yang pernah diteriakkan oleh pemimpin di negara kita ialah ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Slogan yang cepat dibangunk...
-
Filem berjodol “Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2” merupakan filem Harry Potter terakhir yang dijadualkan moncol di layar perak pa...
-
Pada lewat tahun 90an dulu saya kerap masuk ke Taman Negara bersama rakan-rakan pacuan 4 roda, dan setiap kali kami melintasi satu tempat di...
-
Kita biasa dengar haiwan yang dipanggil selembu, iaitu kacukan antara seladang dan lembu. Tetapi pernahkah kita melihat haiwan kacukan antar...
-
Pemimpin tidak bermoral pasti akan menjahanamkan Negara. Dan lebih mengaibkan lagi kepada kita apabila pemimpin itu beragama Islam. Sebelum ...